Juruteknik Cetus Kluster Jalan Coastal Sembulan

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Seorang juruteknik yang dijangkiti Covid-19 mencetuskan satu lagi kluster baharu, iaitu Kluster Jalan Coastal Sembulan di Sabah, hari ini.

urucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster yang dikenal pasti di Kota Kinabalu itu membabitkan kakitangan syarikat konsesi parkir bertempat di Riverson Sembulan.

“Kluster indeks merupakan seorang lelaki berusia 38 tahun yang merupakan juruteknik di syarikat terbabit sudah bergejala sejak 25 Mei lalu sebelum disahkan positif pada 27 Mei di Klinik Kesihatan Luyang.

“Susulan kes itu, hasil saringan kontak mendapati enam lagi kes positif menjadikan jumlahkumulatif kluster ini sebanyak tujuh kes, termasuk satu kes di Papar dan enam kes di Kota Kinabalu.

“Berdasarkan siasatan awal, penularan jangkitan Covid-19 berkemungkinan merebak di kawasan tempat kerja. Pasukan kesihatan kini giat menjalankan aktiviti pengesanan kontak dan punca jangkitan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. -HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *