Sabah Umum SOP Sektor Ekonomi & Perkhidmatan Hari Ini

Kerajaan Sabah akan mengumumkan SOP ‘total lockdown’ kepada sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu di negeri itu, hari ini.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan mengumumkan prosedur operasi standard berhubung pelaksanaan ‘total lockdown’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu di negeri itu, hari ini.

Menteri Kerajaan tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, garis panduan dan SOP itu akan dihebahkan kepada media bagi menerangkan proses berkenaan kepada umum.

“SOP (keselamatan) Sabah akan dikeluarkan kepada media dalam tengah hari ini,” katanya ringkat ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp pada Isnin.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari.

Muhyiddin, dalam satu kenyataan malam ini berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN.

Malah, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan memaklumkan Kerajaan Sabah akan mengumumkan sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘total lockdown’ dalam masa yang terdekat.

Katanya, keputusan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara adalah perlu bagi membendung peningkatan jangkitan COVID-19, termasuk di negeri itu. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *