Cara Tebus RM150 eBelia Dengan ShopeePay

Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan penebusan kredit RM150 menerusi eBelia bermula esok, 1 Jun 2021.

Kredit tersebut boleh ditebus di Touch ‘n Go eWallet, Boost, ShopeePay dan BigPay.

Syaratnya adalah individu berumur 18 hingga 20 tahun dan penuntut IPT sepenuh masa. Bermakna, jika anda seorang berumur lingkungan tersebut atau pelajar IPT, anda layak menebusnya.Oleh itu, ini adalah cara bagaimana untuk menebus RM150 melalui ShopeePay memandangkan aplikasi ini kerap digunakan.

Pertama sekali, buka aplikasi Shopee dan klik “ShopeePay” pada bahagian profil. Kemudian klik “Set up ShopeePay”, isi maklumat berkaitan serta lakukan pengesahan.

Selain itu, pengesahan perlu dibuat dengan mengambil swafoto bersama kad pengenalan (IC). Setelah selesai, anda hanya perlu klik “claim” sahaja yang akan terpapar bermula 1 Jun 2021. Sama seperti sebelum ini.

Akhir sekali, manfaatkanlah sebaiknya duit yang diterima itu dan berjimat cermat agar tidak membelanjakan kepada perkara tidak berfaedah.