COVID-19: Sabah Catat 190 Kes Baharu Hari Ini

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatatkan 190 kes baharu COVID-19 sementara keseluruhan negara pula melaporkan sejumlah 6,999 kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Kunak melaporkan kes tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 34 kes.

“Tawau mencatatkan 29 kes, Papar 25 kes, Penampang 17 kes, Lahad Datu 16 kes, Kota Belud 14 kes, Sandakan 9 kes, Kalabakan dan Kota Kinabalu masing-masing 8 kes, Beaufort 6 kes, Kinabatangan 5 kes, Putatan 5 kes, Tuaran 4 kes, Semporna 3 kes, Kudat 3 kes, Kuala Penyu 3 kes dan Kota Marudu satu kes,” katanya di sini, hari ini

Sementara itu katanya, daerah Beluran, Telupid,Tongod, Pitas, Ranau, Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau, Tambunan tidak mencatatkan sebarang kes.

Katanya, Sabah hari ini juga tidak terdapat kluster baharu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *