Sabah Laksana ‘Total Lockdown’ Seperti Persekutuan – Hajiji

Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau ‘total lockdown’ seperti yang diputuskan kerajaan Persekutuan dalam usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19 di negeri itu, kata Ketua Menteri Hajiji Noor.

Beliau berkata sehubungan itu kerajaan negeri akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi langkah tersebut dalam masa terdekat termasuk sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi.

Katanya, kerajaan negeri menyambut baik pengumuman Pejabat Perdana Menteri berhubung pelaksanaan ‘total lockdown’ selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun selari dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Oleh itu, kerajaan negeri juga memutuskan untuk melaksanakannya di negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan Covid-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau ‘total lockdown’ sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

Malaysia pada Jumaat mencatat 8,290 kes positif baharu Covid-19 yang mana daripada jumlah itu sebanyak 308 kes direkodkan di Sabah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *