Lagi Rekod Baharu 9,020 Kes Covid-19 Positif Hari Ini

PUTRAJAYA: Jangkitan harian Covid-19 terus meningkat dengan satu lagi rekod dicatatkan apabila Kementerian Kesihatan melaporkan 9,020 kes baharu Covid-19 berbanding jumlah tertinggi semalam iaitu 8,290 kes.

Ini menjadikan keseluruhan 558,534 kes Covid-19 yang dilaporkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 2,836 kes.

Ia diikuti Kelantan (907), Negeri Sembilan (898), Kuala Lumpur (789), Sarawak (726), Johor (468), Kedah (468), Pulau Pinang (345), Melaka (340), Perak (272), Sabah (265), Labuan (253), Pahang (216), Terengganu (189), Putrajaya (29) dan Perlis (19).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *