Larangan Masuk Sabah Dari Labuan

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini melarang kemasukan ke negeri itu dari Labuan berikutan varian membimbangkan (VOC) India B.1.617 dikesan di wilayah terbabit.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata larangan itu berkuat-kuasa serta-merta sebagai langkah pencegahan bagi memastikan varian itu tidak merebak di negeri ini.

“Berikutan kewujudan varian India yang dikesan di Labuan, kerajaan negeri menyekat pergerakan orang awam untuk memasuki ke Labuan dan begitu juga sebaliknya yang mana orang awam dari Labuan juga disekat memasuki Sabah.

“Bagaimanapun, pengecualian dibenarkan bagi pergerakan berkaitan perkhidmatan perlu dan barangan keperluan, keselamatan dan kesihatan (perubatan) serta mendapat.

kebenaran khas dalam usaha menyekat varian itu menular ke negeri ini.

“Selain itu, pengangkutan feri awam juga hanya bagi keperluan perkhidmatan perlu dan barangan keperluan saja.

“Permohonan kebenaran bagi pasangan jarak jauh juga tidak akan dipertimbangkan bermula 28 Mei hingga 7 Jun ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kes pertama membabitkan rakyat tempatan yang positif COVID-19 varian India B.1.617.2.

Masidi Manjun

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes berkenaan adalah kontak rapat kepada seorang individu warga India yang bersama dengannya menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 April lalu. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *