Individu Masuk Labuan Wajib Lakukan Saringan, Kuarantin Sehingga 14 Hari

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju mengenakan beberapa sekatan tambahan bagi kemasukan pengembara ke Labuan bermula 27 Mei hingga 9 Jun susulan peningkatan kes Covid-19 di wilayah terbabit.

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pengembara wajib menjalani ujian saringan RT-PCR tiga hari sebelum memasuki Labuan termasuk melakukan kuarantin wajib selama 10 hingga 14 hari

“Kuarantin 10 hari di rumah bagi penduduk asal Labuan, kuarantin 10 hari di rumah atau hotel bagi penjawat awam serta kuarantin 14 hari di hotel bagi pelawat asing dari luar negara,” katanya ketika melaporkan perkembangan harian pelaksanaan PKP mengekang penularan Covid-19.

Ismail berkata, bagi pengguna kad harian transporters pula mereka diwajibkan mengambil ujian PCR setiap dua minggu dan wajib menjalani ujian RTK antigen setiap minggu.

Sementara itu katanya, aktiviti sign on atau off perkapalan juga ditangguhkan.

“Sign off dibenarkan dengan 14 hari kuarantin dan wajib menjalani satu ujian RT PCR

“Kapal Kumpit ditangguhkan buat sementara waktu,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost