PKPD Di Taman Ketiau Putatan Tengah Malam Ini

Anggota polis dan petugas kesihatan membuat pemantauan di kawasan Taman Ketiau.

PUTATAN: Bermula tengah malam ini, Taman Ketiau di sini akan dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) .

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.

Maklumat berhubung pelaksanaan PKPD di Taman Ketiau mula tular selepas dua rakaman audio masing-masing berdurasi 1 minit 22 saat dan 44 saat dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp.

Rakaman suara dari audio berkenaan mengingatkan penduduk supaya jangan panik dan beri kerjasama penuh kepada polis dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jalan utama ke Taman Ketiau juga akan ditutup dan semua laluan tikus akan dipagar. Justeru, penduduk atau orang luar dilarang untuk memutuskan atau merosakkan dawai yang dipasang di laluan tikus.

Bantuan makanan juga akan disediakan sebaik PKPD mula dikuatkuasakan dan hanya individu yang mempunyai surat pergerakan sah diberi kebenaran untuk keluar atau masuk ke Taman Ketiau.

Difahamkan, pelaksanaan PKPD di Taman Ketiau juga dipercayai berpunca dari kluster yang dikesan di Kompleks Karamunsing yang menjangkiti beberapa pekerja yang tinggal di kawasan Taman Ketiau. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *