6,509 Kes Positif Baharu COVID-19 Hari Ini

Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 6,509 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menurut perkongsian di akaun Facebook rasminya, negeri Selangor sekali lagi mencatatkan kes COVID-19 baharu yang paling tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 2,049 kes.

Sarawak pula dalah negeri kedua tertinggi dengan 530 kes baharu COVID-19 hari ini.

Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula berada di kedudukan kedua tertinggi dengan 468 kes.

Negeri-negeri lain pula mencatatkan ratusan kes COVID-19 baharu manakala hanya Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis sahaja tidak mencecah ratusan kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *