Terus ‘Mengganas’, Rekod Tertinggi 6,976 Kes COVID-19 Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,976 kes baharu Covid-19, rekod tertinggi jangkitan harian sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Rekod tertinggi sebelum ini adalah 6,806 kes pada 20 Mei lalu.

Menerusi ciapan di Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan kini adalah 512,091.

Selangor mencatat jumlah kes harian tertinggi, dengan 2,235.

Ini diikuti Sarawak (663), Kelantan (626), Johor (549), Kuala Lumpur (447), Negeri Sembilan (434), Kedah (422), Pulau Pinang (372), Perak (279), Terengganu (266), Pahang (263), Melaka (209), Sabah (136), Labuan (37), Putrajaya (30) dan Perlis (8).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *