37 Positif, Ladang Di Tawau Dikenakan PKPD Mulai 25 Mei

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan dikenakan di Taman Abaka, Ladang Table dekat Tawau susulan 37 kes positif dilaporkan hasil 135 ujian saringan dilaksanakan Kementerian Kesihatan. – Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Satu lokaliti di Sabah iaitu Taman Abaka, Ladang Table dekat Tawau diletakkan bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama dua minggu berkuatkuasa 25 Mei hingga 7 Jun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata ia susulan terdapat 37 kes positif dilaporkan hasil 135 ujian saringan dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM).

“KKM juga mendapati berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam masa singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

“Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin sekali gus memutuskan rantaian jangkitan di kawasan ladang tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan penamatan PKPD di Kampung Keramat, Semporna, Sabah esok, seperti dijadualkan.

Katanya, ia selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dan atas nasihat KKM.

“KKM telah melakukan 138 ujian saringan dan 19 individu disahkan positif Covid-19.

“KKM juga mengesahkan trend kes menunjukkan penurunan dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah dirawat,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *