Mangsa Banjir Di Sabah 4,722 Orang Di 38 PPS

BEAUFORT: Jumlah mangsa banjir di Sabah mencecah 4,722 orang membabitkan daerah Tenom dan Beaufort.

Setakat jam 8 pagi tadi, 1,317 keluarga kini berada di 38 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata jumlah dipindahkan ke PPS terus meningkat berbanding 2,599 orang petang semalam.

Tenom kekal daerah tertinggi mencatatkan penduduk terjejas banjir iaitu seramai 4,147 orang daripada 1,169 keluarga yang kini ditempatkan di 35 PPS.

Seramai 575 mangsa membabitkan 148 ketua isi rumah direkodkan di Beaufort membabitkan tiga PPS.

Jurucakap APM memaklumkan pihaknya bersama agensi keselamatan lain sentiasa bersiapsiaga berikutan cuaca masih tidak menentu ketika ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *