496 Lagi PATI Filipina Dihantar Pulang

Sebahagian PATI yang dihantar pulang ke negara asal melaui pelabuhan Sandakan. – Foto JIM Sabah

SANDAKAN: Seramai 496 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dihantar pulang ke negara asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, penghantaran pulang PATI Filipina itu kali ketiga bagi tahun ini.

Sebahagian PATI yang dihantar pulang ke negara asal melaui pelabuhan Sandakan. – Foto JIM Sabah

Menurutnya, semua PATI itu ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Papar sejak tahun 2020.

“Semua PATI berkenaan dihantar pulang melalui Pelabuhan Sandakan, Sabah terus ke Pelabuhan Zamboanga, Filipina.

“Penghantaran itu menjadikan jumlah PATI yang diusir dari Sabah seramai 1,725 orang untuk tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan media, pada malam tadi.

Katanya, proses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan Covid-19 terhadap semua PATI bagi suatu tempoh yang ditetapkan turut dilakukan.

“Ia bagi memastikan tidak wujud penularan jangkitan Covid-19 terhadap semua PATI sebelum penghantaran pulang dilaksanakan seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Semua PATI yang diusir ini melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka juga sudah menjalani hukuman mengikut perundangan negara untuk diusir keluar dari Negeri Sabah,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *