SPRM Sabah Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Dokumen Palsu RM170,000

KOTA KINABALU: Seorang pengurus syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas dipercayai mengemukakan dokumen palsu membabitkan nilai RM170,000.

Menurut sumber lelaki tempatan berumur 30-an itu yang terlibat dalam pelaksanaan Projek Community Drumming ditahan semasa hadir di pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 11 pagi hari ini.

“Suspek didapati mengemukakan tuntutan daripada sebuah agensi kerajaan berbentuk surat akuan dan pengesahan palsu yang dikemukakan bersama dalam tuntutan yang berjumlah kira-kira RM170,000 pada tahun 2018. 

“Tuntutan itu dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kudat, Sabah untuk Projek Community Drumming mengikut Majlis Harga Barang Negara bagi kawasan Matunggong, Kudat, Sabah dan Sikuati, Kudat, Sabah bagi tahun 2018,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kesalahan tersebut disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan. 

Katanya elaki tersebut bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini 25 Mei depan. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *