Pengunjung, Pemilik Pusat Hiburan Di Tawau Dikompaun RM70,000

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas

TAWAU, 21 Mei : Polis mengeluarkan kompaun terhadap sembilan individu serta pemilik pusat hiburan di kawasan Fajar Kompleks, Jalan St Patrick di sini kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata pada kejadian 12.20 tengah malam itu, kesemua pengunjung dan pemilik berusia antara 20 hingga 40 tahun berkenaan, di kompaun berjumlah RM70,000.

“Pasukan polis yang membuat rondaan dan pemantauan mendapati, enam lelaki serta tiga wanita berada di dalam premis hiburan itu sekali gus dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang, manakala pemilik kelab menerima kompaun RM25,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Peter berkata, tindakan kompaun itu diambil selaras dengan Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, bagi mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit iaitu hadir di suatu tempat yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKPB.

Kerajaan sehingga kini masih tidak membenarkan operasi sektor hiburan termasuk kelab malam dan pusat karaoke dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. – BERNAMA

Foto RTM

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *