
BEAUFORT: Bilangan mangsa banjir di daerah ini serta Tenom meningkat kepada 2,599 orang, setakat jam 4 petang ini.
Ia bertambah daripada 1,447 mangsa pada jam 9 pagi tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, Tenom kekal daerah tertinggi mencatatkan penduduk terjejas banjir iaitu 2,128 orang.
“Semua mangsa di Tenom ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS).
“Seramai 471 mangsa direkodkan di Beaufort dan ditempatkan di dua PPS,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost