Masuk Ke Sabah Untuk Bernikah Perlu Kelulusan Khas

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia yang mahu masuk ke Sabah untuk bernikah atau berkahwin perlu mendapat kelulusan khas dari kerajaan negeri Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata,  pasangan beragama Islam perlu membuktikan dokumen kebenaran kahwin yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Katanya, pasangan bukan beragama Islam perlu membuktikan dokumen sokongan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, wakil yang dibenarkan termasuk seorang wali bagi pihak perempuan dan dua wakil daripada pihak lelaki atau perempuan untuk pasangan Islam dan dua wakil pihak lelaki atau perempuan untuk pasangan bukan Islam.

“Individu yang gagal membuktikan dokumen sokongan yang dikeluarkan oleh JHEAINS atau JPN tidak dibenarkan masuk ke Sabah.

“Selain itu, tujuan lawatan sosial yang lain tidak dibenarkan masuk ke Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, kategori yang tidak dibenarkan masuk termasuk bagi tujuan bernikah atau berkahwin hendaklah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Ketua Menteri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan untuk pertimbangan kelulusan khas.

Masidi berkata, pemohon boleh melayari laman web https://hednp.sabah.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

“Semua kemasukan ke Sabah adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada termasuk kebenaran rentas negeri dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pemohon juga wajib mendapat keputusan negatif Ujian ‘Polymerase Chain Reaction’ (PCR) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan,” jelasnya.

Beliau berkata, SOP terkini untuk kemasukan ke Sabah dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa bermula 20 Mei hingga 7 Jun 2021 (11.59 malam). – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *