Menjelang Aidilfitri, Covid-19 Hampiri 4,000 Kes & 22 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,973 kes baharu Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, dengan kes paling banyak direkodkan di Selangor.

Pada sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 448,457.

Selangor mencatatkan 1,328 kes, diikuti oleh Sarawak (512), dan Kuala Lumpur (483).

Johor mencatatkan sebanyak 384 kes, manakala Kelantan (321), Pulau Pinang (187), Kedah (174), Perak (140), Negeri Sembilan (126), Terengganu (93), Pahang (85), Melaka (79), Sabah (50), Putrajaya (8) dan Labuan (3).

Tiada kes baharu direkodkan di Perlis.

Daripada jumlah kes baharu itu, 3,968 adalah penularan tempatan manakala lima adalah kes import.

Ketika ini, 38,499 pesakit sedang menerima rawatan, dengan 453 di unit rawatan rapi (ICU), manakala 224 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 2,848 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 408,236, iaitu lebih kurang 91% daripada jumlah kes keseluruhan.

Pertambahan 22 kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,722.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *