Anggota Polis Sempat Sahur Bersama Keluarga Sebelum Ditemui Tergantung

Gaambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dipercayai membunuh diri di rumahnya di Taman Pertama, Batu 8, Sandakan, pagi tadi.

Kejadian disedari isteri mangsa yang menemui suaminya tergantung di ruang tamu rumah mereka, kira-kira jam 7.30 pagi, tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, mangsa bertugas sebagai anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di daerah Sandakan.

Katanya, siasatan awal mendapati anggota terbabit mempunyai rekod kerja yang baik dan tiada masalah dengan rakan sekerja termasuk pegawai atasannya.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar anggota berkenaan mengantung diri.

“Difahamkan, anggota terbabit menyambut hari lahir anaknya yang berusia tiga tahun malam tadi,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Hazani berkata, mangsa turut sempat bersahur bersama keluarganya pagi tadi sebelum ditemui tergantung beberapa jam selepas itu.

Katanya, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *