Statistik Covid-19 Di Sabah Ibarat ‘Yoyo’ – Masidi

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun menyifatkan statistik harian kes Covid-19 di negeri itu ibarat “yoyo” yang mengalami turun naik dengan cepat.

Ini kerana, 57 kes baharu dicatatkan hari ini, menurun lebih separuh daripada 115 kes yang direkodkan di Sabah semalam.

“Pergerakan ‘yoyo’ kes harian Covid-19 di Sabah berterusan. Boleh menarik nafas lega hari ini, hanya 57 (kes baharu). Tetapi, siapa tahu apa yang bakal berlaku esok?,” tulisnya di Twitter.

Beliau berkata, kes di Tawau paling banyak, iaitu 22, diikuti Kota Kinabalu (14) dan Kalabakan (6), kebanyakan berkaitan kluster sedia ada.

Katanya, tiada kes baharu dilaporkan di 17 daerah lain di negeri itu.

Masidi ketika dihubungi berkata, tiada kematian atau kluster baharu dicatatkan di Sabah hari ini. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1600