KWSP i-Sinar: Bayaran Bulan Mei Akan Mula Dibuat Pada 3 Mei Secara Berperingkat Sehingga 11 Mei

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pembayaran bagi permohonan i-Sinar untuk bulan Mei akan mula dibuat pada 3 Mei 2021 secara berperingkat sehingga 11 Mei 2021.

Pemohon disarankan untuk mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) atau boleh hubungi talian Hotline Khas i-Sinar di 03-8922-4848.

Selain daripada itu juga KWSP turut memaklumkan bahawa pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

8970