PKPD Di Kampung Bergosong, Tawau Di Sabah Esok

Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Bergosong, Tawau di Sabah, mulai esok hingga 15 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD di Kampung Bergosong itu dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati berlaku peningkatan kes dengan 22 daripada 59 saringan dijalankan di lokaliti itu disahkan positif COVID-19 dalam tempoh seminggu.

Katanya, pelaksanaan PKPD itu bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas individu yang terbabit seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar.

“PKPD di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan yang dijadualkan tamat esok pula disambung sehingga 16 Mei ini kerana 422 daripada 866 saringan di lokaliti itu disahkan positif COVID-19.

“KKM melaporkan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penghuni di kawasan PKPD serta terdapat enam baki sampel saringan yang masih belum mempunyai keputusan.

“Selain itu, kerajaan juga bersetuju menamatkan PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu dan seluruh Kampus Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu di Sabah, masing-masing pada hari ini dan esok,” katanya. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *