Dua Lokaliti Di Sabah Kena PKPD Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Dua lokaliti di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), esok.

Dua lokaliti tersebut masing-masing di daerah Kunak di Kampung Skim Cocos dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Madai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini mengesan peningkatan kes yang mendadak dan kadar kebolehjangkitan tinggi di kawasan berkenaan.

“Di Kampung Skim Cocos, lapan daripada 186 ujian saringan KKM disahkan positif COVID-19 serta 18 kes positif dikesan terhadap penghuni dan penduduk di SMK Madai.

Tambah beliau, kerajaan juga bersetuju menamatkan PKPD di beberapa lokaliti iaitu, Taman Mesra Bako, Kuching dan Kampung Tengah, Betong, Sarawak serta tiga perumahan di Tawau, Sabah iaitu Taman Hilltop, Taman Bukit Bintang dan Taman Berkley.

“Penamatan kesemua PKPD itu bermula esok,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *