Sabah Sekat Kemasukan Dari Lima Negara

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk menyekat kemasukan pengembara dari India, Perancis, Amerika Syarikat (USA), Afrika dan Brazil ke negeri ini bagi mengekang penularan Covid-19, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata, sekatan itu juga adalah langkah penting bagi mencegah kemasukan Covid-19 varian baharu yang dikesan di India ke negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor . Foto BERNAMA

“Pengecualian masuk ke Sabah diberikan kepada rakyat Sabah, pasangan suami isteri dan anak kepada rakyat Sabah sahaja, bagaimanapun mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari India dalam tempoh 14 hari juga tidak dibenar menjalankan prosedur sign off di negeri ini.

Pengecualian, bagaimanapun, diberikan kepada kru kapal warga Malaysia tetapi mereka wajib menjalani perintah kuarantin 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan, katanya.

Hajiji berkata, semua arahan itu berkuat kuasa mulai esok (28 April). – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *