PKPD Di Lima Lokaliti Di Sabah Tamat Hari Ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti di Sabah, esok.

Lima lokaliti berkenaan adalah satu lokaliti di Tawau iaitu Taman Villa Mas, tiga lokaliti di Sandakan iaitu Pasar Sim-Sim, Perumahan Sim-Sim dan Kampung Sungai Obar Batu Tujuh dan Kampung Melangkap Tomis, Kota Belud, Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“KKM mengesahkan baki kes aktif di kesemua lokaliti tersebut menunjukkan tren penurunan dan baki kes positif telah menerima rawatan serta kontak rapat telah diasingkan,” ujarnya dalam kenyataan hari semalam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *