2,340 Kes Covid-19, 11 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 2,340 kes baharu Covid-19 dan 11 kematian berbanding 1,910 pesakit sembuh.

Ini menjadikan 358,726 kes pulih daripada keseluruhan 381,813 jangkitan Covid-19 dengan 1,400 kematian setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 21,687 kes aktif dengan 101 daripada
248 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, 12 ialah kes import dan baki 2,328 ialah kes penularan tempatan membabitkan 2,136 warganegara dan 192 warga asing.

Beliau berkata, Selangor kembali mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 526 kes.

“Daripada jumlah ini, 382 kes (72.6%) daripada kluster dan saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia disusuli Sarawak dengan 429 kes, Kelantan (370), Kuala Lumpur (291), Sabah (172), Johor (170), Pulau Pinang (111), Pahang (81), Melaka (63), Kedah (55), Perak (38), Negeri Sembilan (24), Putrajaya (enam), Labuan (dua), Terengganu (satu) dan Perlis (satu).

Enam kematian dilaporkan di Sabah, empat di Sarawak dan satu di Kuala Lumpur membabitkan sembilan warganegara serta dua warga asing berusia 61 hingga 82 tahun.

Semua kecuali dua individu yang meninggal dunia itu mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik.

Tiga daripadanya hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *