Taufan Surigae Di 1,401 KM Timur Laut Sandakan

Imej satelit pada 19 April 2021 menunjukkan taufan Surigae di pantai timur Filipina. – Foto AFP

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat taufan Surigae yang berada di kedudukan 1,401 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kedudukan taufan itu kira-kira 522 km ke tenggara Luzon, Filipina.

Jabatan itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 11 pagi, angin taufan itu bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 6 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin boleh mencapai maksimum 176 km/j.

MetMalaysia bagaimanapun memaklumkan taufan itu tidak memberikan kesan signifikan terhadap Malaysia. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3881