Lelaki Maut Dihempap Bas Yang Dibaiki

Gambar Hiasan

KLANG : Seorang pemandu bas maut akibat dihempap bas rosak yang sedang dibaikinya dalam kejadian di sebuah bengkel di Jalan Pendamaran, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan MERS 999 pada jam 9 malam.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa seorang lelaki dipercayai berasal dari Tawau, Sabah telah meninggal dunia akibat dihempap sebuah bas persiaran yang dibaikinya.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa yang juga pemandu bas itu sedang membaiki sistem hidraulik bas sebelum alat pengangkat beban (jack) yang digunakan telah turun dengan sendirinya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa berusia 33 tahun itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Sumber foto : Facebook

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – SINAR

‎*إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون*Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga s ebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah .‎*بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين*

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *