PKP Di Daerah Sandakan Mulai Sabtu

Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Perintah kawalan pergerakan akan dilaksanakan di daerah Sandakan, Sabah mulai 17 hingga 30 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, 46 kes baru Covid-19 direkodkan, dengan keseluruhannya 6,806 kes dilaporkan di Sandakan setakat ini.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan 78 kes juga direkodkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti ini.

“Pelaksanaan PKP ini antara lain untuk memastikan kadar jangkitan terkawal dan tidak menular dengan pantas ke kawasan lain dalam daerah mahupun ke daerah lain,” katanya dalam kenyataan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2928