Guru Sabah Berjaya Bentang Teknik TikTok Di Persidangan Antarabangsa

Audrey Bernard

KENINGAU: Audrey Bernard, guru Bahasa Inggeris di Kolej Vokasional Keningau, telah membentang teknik mengajar menggunakan video dari platform media sosial TikTok di persidangan dalam talian anjuran sebuah universiti di Indonesia pada 3 April 2021.

Persidangan tersebut yang dikenali sebagai English Language & Literature International Conference (ELLiC) menampilkan hampir 80 pembentangan untuk sesi selari.

Cikgu Audrey membincangkan kaedah memperkembangkan penguasaan perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris melalui penggunaan video TikTok semasa sesi pembentangan beliau.

Audrey Bernard telah berjaya menyiapkan artikel ilmiah berkenaan dengan projek ini.

Dia membahagikan dapatannya kepada empat aspek bagaimana ianya dapat membantu para pelajar dalam memperkayakan penguasaan perbendaharaan kata.

Berdasarkan penemuan Cikgu Audrey, video-video TikTok dapat memperkenalkan perkataan dan frasa baru kepada para pelajar melalui kepelbagaian topik dan tema kandungan video, TikTok dilengkapi dengan beberapa fungsi yang mampu membantu pelajar mengakses komponen-komponen bahasa Inggeris, ianya memberi konteks pembelajaran kepada pelajar melalui kandungan yang memaparkan kehidupan sebenar dan bahan digital ini mampu mewujudkan persekitaran positif untuk pelajar mengasah kemahiran mereka.

Dia bercadang untuk melaksanakan kajian lebih mendalam untuk meneliti potensi TikTok sebagai bahan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai topik.

Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, menyokong sepenuhnya usaha beliau dalam meningkatkan kualiti pembelajaran para pelajar dengan menggunakan platform yang sangat diminati oleh generasi masa kini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *