COVID-19: 1,317 Kes Positif Baharu, 4 Kematian

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,317 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 362,173 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini terdapat 12 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sarawak mencatatkan jumlah kes harian tertinggi hari ini iaitu 351 kes diikuti Selangor dengan 303 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 116 kes.

“Hingga kini 15,835 kes masih aktif dilaporkan di negara ini dan daripada jumlah itu 188 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 84 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan hari ini terdapat empat kes kematian dilaporkan membabitkan warganegara. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini disebabkan oleh COVID-19 sebanyak 1,333 kes.+

Hingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 1,052 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya ialah 345,005 kes atau 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *