COVID-19: Kes Melonjak, PKP Di Lahad Datu Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Lahad Datu, Sabah selama 14 hari, bermula esok.

Ia berikutan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 103 kes positif direkodkan dalam tempoh 14 hari di daerah itu, selain terdapat 49 sampel ujian saringan yang masih menunggu keputusan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata KKM memaklumkan berlaku peningkatan mendadak kes positif harian dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di daerah Lahad Datu.

“Pelaksanaan PKP di daerah ini berkuatkuasa 11 April sehingga 24 April 2021 dan pelaksanaannya adalah untuk memastikan penularan COVID-19 terkawal dan tidak menular ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan media pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *