COVID-19: 1,510 Kes Positif Baharu, 8 Kematian Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA : Sebanyak 1,510 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 415 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 296 dan Kelantan (171).

Ia disusuli Sabah dengan 131 kes, Kuala Lumpur (106), Pulau Pinang (101), Johor (80), Kedah (59), Perak (46), Terengganu (44), Negeri Sembilan (28), Pahang (13), Putrajaya (10) dan Melaka (enam), manakala Labuan serta Perlis masing-masing merekodkan dua kes.

Dalam pada itu, Hisham berkata 1,248 pesakit sembuh, berbanding 1,510 kes baharu Covid-19 dan lapan kematian.

Ini menjadikan kes pulih 342,737 daripada keseluruhan 359,117 jangkitan Covid-19 dengan 1,321 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 15,059 kes aktif dengan 81 daripada 194 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 1,505 melibatkan penularan tempatan.

Katanya, kes penularan tempatan membabitkan 1,339 warganegara dan 166 warga asing.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *