
Peminat bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan dengan isu tunggakan gaji apabila Sabah FC dikatakan tidak membayar gaji pemain mereka selama 3 bulan sejak bulan Februari lalu.
Perkembangan ini didedahkan oleh sebuah laman twitter milik penyokong setia Sabah iaitu SabahRhinos. Pemain Sabah FC dilaporkan telah memboikot sesi latihan pada petang ini dan terus pulang ke rumah masing-masing.
Ia sekaligus menjejaskan persiapan mereka untuk perlawanan Liga Super menentang Penang FC pada hari ahad ini.
Update: Players boikot training. Jam 4pm start, lepak2 kejap lepas jam 4.40pm pulang. Ya la 3 BULAN GAJI BELUM MASUK LAGI. How???!!
— SabahRhinos (@sabahrhinos) April 8, 2021
Lebih mengejutkan, ketua jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto serta barisan jurulatih turut tidak menerima gaji beliau selama 4 bulan dan situasi itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat pasukan itu termasuk dari Indonesia.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis belum ada kenyataan rasmi daripada pengurusan Sabah FC dan tidak sepatutnya isu ini berlaku ketika saingan liga tengah berjalan.
Wawwww 3 bulan, kayaknya ini penyebab Sabah melempem di Liga 😅 https://t.co/Jvx0W6hly5
— Liga Indonesia (@seputarligina) April 8, 2021
Players 3 bulan & coaching staff 4 bulan????? Kerja amal ka dorang ni
— SabahRhinos (@sabahrhinos) April 8, 2021
Sebelum musim baharu bermula, sudah kedengaran 5 pasukan Liga Malaysia mempunyai masalah pembayaran gaji dan kemungkinan Sabah FC merupakan salah satu daripada pasukan tersebut.
Ia sangat menyedihkan kerana kita sudah masuk era penswastaan selain MFL (Malaysia Football League) juga sudah memperkenalkan Program Kawalan Ekonomi (ECP) untuk mewujudkan peraturan belanjawan, kriteria, prosedur dan mengelakkan kelab berbelanja secara berlebihan berdasarkan kemampuan mereka.
LED board baru, dressing room kena kasi up, stadium external kena kasi cantik, kerusi2 di bench kena tukar tapi gaji players 3 bulan belum kena bayar. How??!!
— SabahRhinos (@sabahrhinos) April 8, 2021
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini dilaporkan tidak memberi jaminan bahawa penswastaan dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang sudah lama membelenggu kancah Liga Malaysia.
Namun, setiap pasukan sepatutnya membuka tirai penswastaan bermula musim ini dengan perkara yang lebih positif, bukannya terus dijangkiti ‘penyakit’ lama. – TheVocket
Player boikot untuk training petang ni.esok fly ke Penang 👋🏻 pic.twitter.com/UTtISvizEg
— azharruhaizad🇲🇾 (@azharruhaizad) April 8, 2021
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost