COVID-19: Sabah Salur Lebih RM97 Juta Bantuan Tunai

Hajiji

TUARAN, 6 April : Sebanyak 324,573 rakyat yang terjejas akibat penularan COVID-19 di Sabah telah menerima bantuan tunai sekali bayar RM300 melalui Bantuan Prihatin COVID-19 membabitkan RM97.37 juta sehingga semalam, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata dalam tempoh berkenaan sebanyak 296,638 bakul makanan telah disalurkan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik itu.

“Pengagihan pelbagai bantuan ini membuktikan kerajaan negeri komited membantu rakyat daripada pelbagai aspek bagi memulihkan kehidupan yang terjejas berikutan penularan pandemik COVID-19,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan rakyat negeri Sabah menerima bantuan tunai sekali bayar RM300 melalui Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 sejak 29 Jan lepas.

Hajiji berkata pada tahun lepas kerajaan negeri menyalurkan peruntukan segera RM50 juta bagi membantu rakyat terjejas akibat pandemik itu dan memperuntukkan RM160 juta untuk Bantuan Prihatin COVID-19. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *