COVID-19: 1,294 Kes Baharu, 5 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,294 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif di negara ini kepada 347,972 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kembali mencatat kes harian tertinggi dengan 455 kes baharu.

Katanya, dua negeri lagi yang mencatat kes tinggi ialah Sarawak dengan 217 kes dan Pulau Pinang dengan 139 kes.

“Turut mencatat pertambahan kes hari ini ialah Johor (103), Kuala Lumpur (88), Kelantan (66), Sabah (63), Pahang (57) dan Negeri Sembilan (31).

“Selain itu, Melaka (22), Kedah (21), Perak (14), Terengganu (lapan), Putrajaya (lima), Labuan (empat) dan Perlis (satu),” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *