Cabul Pekerja Bawah Umur, Lelaki Warga Asing Ditahan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang pengurus kedai runcit warganegara India ditahan polis selepas disyaki mencabul salah seorang pekerjanya dalam kejadian di Sinsuran, di sini, Ahad lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa yang berusia 15 tahun dikatakan sedang  membuat kerja menyusun barang di stor kedai di tingkat satu, premis berkenaan.

Lelaki berusia 33 tahun terbabit dipercayai mengambil kesempatan dengan masuk ke stor berkenaan sebelum tiba-tiba menarik mangsa dan terus mencabul sebelum cuba merogol mangsa.

Bagaimanapun mangsa yang meronta-ronta meminta tolong akhirnya berjaya meloloskan diri dan turun ke tingkat bawah untuk meneruskan kerjanya seperti biasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, mangsa hanya membuat laporan polis pada jam 10 malam hari yang sama selepas mengambil upahnya.

Katanya, siasatan lanjut mendapati mangsa mula berkerja di kedai berkenaan pada 24 Mac lalu dengan mengaku sebagai remaja berusia 18 tahun.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke Pakar Pediatrik, Hospital Likas untuk pemeriksaan fizikal.

“suspek kemudiannya berjaya ditahan dan direman untuk membantu siasatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

George berkata, siasatan kes diteruskan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan – Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *