20 Rumah Atas Air Di Kampung Simunul, Semporna Musnah Terbakar

Lebih 20 buah rumah di Lorong 5, Kampung Simunul, di sini musnah dalam kebakaran jam 11 pagi tadi.

SEMPORNA: Lebih 20 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Simunul dekat sini, pagi tadi.

Kebakaran kira-kira jam 11.00 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak ke kediaman lain sekitar penempatan atas air berkenaan.

Lebih 20 buah rumah di Lorong 5, Kampung Simunul, di sini musnah dalam kebakaran jam 11 pagi tadi.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.13 pagi sebelum sepasukan 16 anggota bersama dua jentera tiba lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, didapati api sedang marak memusnahkan beberapa buah rumah papan atas air membabitkan keluasan kira-kira 0.4 hektar terbakar.

“Anggota bomba yang turut dibantu penduduk kampung berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dan menyelamatkan sebahagian lagi rumah berdekatan.

Lebih 20 buah rumah di Lorong 5, Kampung Simunul, di sini musnah dalam kebakaran jam 11 pagi tadi.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan api berjaya dikawal kira-kira 1.11 tengah hari,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Fazizul berkata, pihaknya turut mendapat bantuan dari Balai Bomba Kunak serta agensi lain termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Air Semporna dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Katanya, punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat Unit Forensik Kebakaran. – HMetro

Lebih 20 buah rumah di Lorong 5, Kampung Simunul, di sini musnah dalam kebakaran jam 11 pagi tadi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost