Seramai 35 Pala’u Ditangkap Dan Diserah Kepada Imigresen

LAHAD DATU: Sembilan pengemis wanita Pala’u yang ditahan pada 13 Mac lalu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, penyerahan kepada JIM Sabah itu dilakukan setelah kertas siasatan kes itu dirujuk ke Pejabat Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dibenarkan menahan reman kesemua sembilan wanita Pala’u itu selama 12 hari iaitu tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan lima hari di bawah Seksyen Imigresen 1959/63 bagi siasatan di bawah lain-lain peruntukan undang-undang Malaysia sedia ada.

Ia termasuk siasatan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 32 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah (Sabah Cap 80), Kaedah 41 LN 166/59, Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)( Kawalan Pemulihan)(NO.3) 2021 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Rohan berkata, proses penyerahan tahanan bersama anak-anak atau tanggungan seramai 25 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan kepada JIM, Sabah itu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam perkembangan sama, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Lahad Datu berjaya menahan seorang lelai Pala’u berusia 31 tahun yang ada dokumen pengenalan diri dan mengaku sebagai penjaga kepada tiga orang kanak-kanak yang berada dalam tahanan IPD Lahad Datu.

Bagaimanapun, siasatan mendapati lelaki tersebut mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Hasil saringan ujian awal air kencing juga mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis amphetamine dan methaphetamine.

Lelaki tersebut dituduh di Mahkamah Majistret Lahad Datu pada 23 Mac lepas atas kesalahan psoitif penyalahgunaan dadah dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *