COVID-19: 1,360 Kes Baharu, 1,491 Pulih & 2 Kematian

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,360 kes positif COVID-19 baharu direkodkan hari ini, dengan Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 356 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif setakat hari ini ialah 338,168 les manakala 14,504 kes aktif.

Beliau berkata, daripada 1,360 kes dilaporkan hari ini, sebanyak 1,359 kes penularan tempatan membabitkan 1,086 rakyat tempatan serta 273 warga asing dan satu kes import membabitkan warga asing.

“Jumlah kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 157 kes dengan 72 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan dua kes kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian dicatatkan di negara ini sejak setahun lalu sebanyak 1,248 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga tengah hari tadi, KKM merekodkan sejumlah 1,491 kes sembuh, menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya di negara ini setakat ini sebanyak 322,416 kes atau 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dilaporkan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *