Buaya 100KG Ditangkap Di Kampung Titiku Pamalan, Keningau

KENINGAU: Penduduk Kampung Titiku Pamalan gempar seketika apabila menyedari kehadiran buaya di tepi kolam berhampiran kawasan rumah salah seorang penduduk.

Buaya seberat 100kg dan sepanjang 2 meter itu berjaya ditangkap hasil kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pengadu dikenali sebagai Fauzah Ibrahim membuat laporan kepada APM pada 1.05 petang semalam mengenai kehadiran buaya itu kerana khuatir dengan keselamatan keluarganya.

Skuad APM kemudian segera bergegas ke lokasi kejadian bagi menilai tahap bahaya di kawasan tersebut.

Anggota APM menyediakan tali penjerut dan cuba mengesan buaya yang sedang bersembunyi di dasar kolam.

Anggota APM bekerjasama dengan pasukan bomba bagi mengesan dan menangkap buaya tersebut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *