Zii Jia Juara Suluruh England 2021

Lee Zii Jia, berjaya merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England buat pertama kali selepas menewaskan Viktor Axelsen.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, berjaya merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England buat pertama kali selepas menewaskan jaguh dari Denmark, Viktor Axelsen.

Zii Jia menundukkan Axelsen, selaku juara bertahan menerusi ‘straight set’ 30-29, 20-22, 21-9 dalam aksi final yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, malam ini.

Kali terakhir pemain Malaysia menjuarai kejohanan All England adalah pada tahun 2017 apabila Datuk Lee Chong Wei menewaskan Shi Yu Qi dari China dengan 21-12, 21-10.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *