Anggota Abu Sayyaf Ditembak Mati

Apo Mike (dalam bulatan) ditembak mati polis Filipina.

KOTA KINABALU: Salah seorang anggota Abu Sayyaf ditembak mati oleh polis Filipina dalam satu kejadian di negara itu, kelmarin.

Anggota yang dikenali sebagai Apo Mike dipercayai adalah sebagai perancang utama kegiatan kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di pantai timur Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Apo Mike disahkan mati ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina.

“Bagaimanapun kita masih menunggu maklumat lengkap mengenai kejadian itu,” katanya dihubungi, hari ini.

Apo Mike atau nama sebenarnya Majan Sahidjuan adalah seorang sub-komander Abu Sayyaf.

Apo Mike dipercayai mengetuai beberapa siri penculikan termasuk kes penculikan empat rakyat Sarawak di perairan Semporna, Sabah berhampiran Pulau Ligitan pada 2016.

Apo Mike juga adalah antara 21 senarai penjenayah dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSSOM) kerana terbabit aktif melakukan jenayah termasuk penculikan yang berlaku di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *