Semua Operasi Pasar Dan Tamu Di Keningau Ditutup Mulai Esok

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Susulan peningkatan kes yang mendadak di Keningau, kerajaan negeri memutuskan untuk menutup sementara operasi pasar siang, pasar malam serta tamu-tamu di seluruh daerah berkenaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, penutupan sementara semua operasi pasar di Keningau berkuatkuasa bermula esok (Ahad).

Hari ini, Keningau mencatatkan 71 kes baharu, dengan kumulatif kes 2,062.

Mengenai agihan bakul makanan pula, setakat ini sebanyak 287,189 bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar.

Untuk tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut daerah pula, enam daerah mencatatkan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tertinggi dengan 97 peratus. Ia membabitkan daerah Semporna, Kunak, Sipitang, Beluran, Kinabatangan dan Beaufort.

Sementara tahap pematuhan terendah pula dicatatkan di Keningau dengan 94.5 peratus dan Tawau dengan 95 peratus.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *