COVID-19: Sabah Kembali Catat 3 Angka Kes Baharu

KOTA KINABALU: Selepas lebih dua minggu mencatatkan kes harian Covid-19 dua angka, Sabah kembali merekodkan jumlah kes tiga angka apabila sebanyak 102 kes baharu dilaporkan, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun menerusi hantaran di Twitter berkata, 71 kes yang dicatatkan hari ini adalah di Keningau dengan 42 daripadanya membabitkan Kampung Lingkudau yang kini bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

“Sabah kembali kepada tiga angka dengan 102 kes. Selepas hanya mencatatkan lapan kes semalam, Keningau hari ini ‘meletup’ dengan 71 kes baharu, 42 daripada Kampung Lingkudau yang kini di bawah PKPD.

“Selain daripada Tawau (10 kes), daerah lain masing-masing mencatatkan jumlah satu angka dan 16 daerah lagi tiada kes baharu,” katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan PKPD dilaksanakan di Kampung Lingkudau bermula 15 hingga 28 Mac.

Katanya, ia susulan peningkatan kes secara mendadak di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *