COVID-19: 1,671 Kes Baharu, 4 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,671 kes baharu Covid-19 berbanding 1,585 pesakit sembuh dan empat kematian.

Ini menjadikan 316,042 kes pulih daripada keseluruhan 331,713 jangkitan Covid-19 dengan 1,229 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini seramai 14,442 pesakit sedang dirawat, dengan 151 ditempatkan di unit rawatan rapi dan 64 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor mencatatkan kes positif tertinggi dengan 652.

Ia diikuti Pulau Pinang (328), Sarawak (154), Johor (130), Sabah (102), Kuala Lumpur (78), Kelantan (63), Kedah (46), Perak (37), Terengganu (32), Negeri Sembilan (25), Melaka (18), Pahang (3) dan Labuan (3).

Manakala Putrajaya dan Perlis tiada kes baharu dilaporkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *