Santuni Asnaf Sabah: 12 Sukarelawan MCM Berlepas Ke Tawau

SUBANG: Misi Santuni Asnaf di Sabah oleh Muslim Care Malaysia (Muslim Care) berlepas ke Tawau pagi ini.

Misi yang disertai 12 sukarelawan MCM itu akan menyantuni 1,000 asnaf di sekitar Tawau, Semporna, Pulau Bodgaya dan Pulau Mabul.

Presidennya, Zulkifli Wahijan berkata, misi kali ini memberi fokus kepada golongan asnaf yang terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan Covid-19.

Menurutnya, sejak setahun Covid-19 di negara ini, MCM sudah menyalurkan lebih 300 bantuan dipelbagai peringkat seluruh negara.

“MCM terus fokus menyalurkan bantuan merentasi sempada kepada mereka yang memerlukan.

“Sumbangan orang ramai dan syarikat korporat membolehkan bantuan bernilai RM100,000 disalurkan kepada penduduk di Pantai Timur Sabah,” katanya ketika berucap dalam majlis pelepasan misi di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, hari ini.

Sukarelawan misi dan wartawan diterbangkan ke Tawau menaiki pesawat pengangkut A400M.

Misi kali ini mendapatkan kerjasama dan sokongan TUDM, Geng Talaqqi, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau dan Surau Al Muhsinin KLCC.

Zulkifli bersama sukarelawan Misi Santuni Asnaf di Sabah yang berlepas ke Tawau di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang. – Gambar Facebook Muslim Care Malaysia

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, MCM berjaya membina 28 rumah untuk asnaf sejak setahun lalu bagi membantu mereka yang terkesan kerana pandemik ini.

MCM juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang mahu menyumbang untuk misi itu yang boleh disalurkan menerusi akaun Maybank 564490413882, Bank Islam 1401401014740 dan CIMB Bank 8604171675.

“Slip pindahan wang boleh dikemukakan kepada hotline MCM di talian 011-50050035,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *