Covid-19: 1,213 Kes Baharu, 3 Kematian Hari Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Kes baharu positif Covid-19 dalam negara pada hari ini mencatatkan 1,213 kes dan tiga kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu itu menjadikan kumulatif 328,466 kes Covid-19 dalam negara ini.

Menurutnya, kes sembuh pula didapati mengatasi kes baharu dengan 1,503 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes berjaya dirawat setakat ini adalah sebanyak 312,461 kes.

“Kes baharu itu membabitkan sebanyak 1,207 kes penularan tempatan dan selebihnya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Berdasarkan laporan yang diterima, Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 353 kes diikuti Sarawak (303), Johor (142), Pulau Pinang (104), Kuala Lumpur (79) dan Sabah (73),

“Selain itu, Perak mencatatkan 39 kes, Kedah (38), Negeri Sembilan (23), Kelantan (20), Terengganu ( 15), Pahang (14) dan Labuan (2).

“Perlis dan Putrajaya pula tidak mencatatkan sebarang kes baharu pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, seramai 155 pesakit masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiga kematian direkodkan membabitkan warganegara dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,223 kes iaitu 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *