Buffet Di Hotel, Rumah Penginapan Kini Dibenarkan – Masidi

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju membenarkan operasi buffet di semua hotel dan rumah penginapan berbayar yang mempunyai restoran dalam premis sendiri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, setiap premis restoran/kafe harus menyediakan MySejahtera atau Sabah Trace atau buku catatan untuk merekod setiap pelanggan yang masuk dan setiap pelanggan menjalani imbasan suhu badan.

Selain itu, semua pelanggan juga harus menggunakan pelitup muka semasa mengambil makanan di kaunter hidangan, dan sarung tangan plastik atau cecair pembasmi kuman disediakan untuk kegunaan pelanggan selepas menggunakan sudu penghidang secara bergilir.

Katanya, ketika beratur di kaunter, semua pelanggan harus mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya  satu meter di antara setiap pelanggan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan berkaitan perkembangan semasa Covid-19 peringkat negeri Sabah, hari ini.

Menurutnya, restoran atau kafe dalam premis dibenarkan untuk beroperasi bagi semua perkhidmatan penuh termasuk dine in ala carte, room service, delivery dan served buffet.

“Restoran di hotel boleh menerima tetamu secara berkumpulan dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan tertakluk kepada kapasiti sesebuah restoran itu.

“Waktu makan boleh dibuat secara berkala atau berjadual untuk mengelakkan kesesakan atau orang berkumpul,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *